Sunday 27 October 2013

EKZEMA






Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis

bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

 Tanda Ekzema:
- kulit kering dan gatal
- ada tompok merah dan kasar pada pipi,celah siku, lutut dan buku lali,kulit kepala dan leher
- pada bayi dipanggil ruam susu yang kadang-kadang boleh di lihat di kulit kepala yang menyerupai ala-ala kelemumur

Punca Ekzema:

- alahan susu lembu
- alahan pada wangian sabun dan losyen
- persekitaran yang kotor,berdebu dan bulu haiwan
- Alahan terhadap makanan

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak anda ada ekzema?

- Segera berjumpa doktor
- Pakaikan pakaian dari kain kapas kerana ia adalah gentian semulajadi
- Elak guna sabun dan pelembut yang ada wangian
- Air mandian jgn terlalu panas dan guna pembersih dan losyen pelembap yang tiada wangian
- Bebaskan bilik tidur dan tempat bermain dari permaidani kerana ia memerangkap habuk
- Elakkan bela haiwan kerana bulu nya boleh menyebabkan alahan.


Saya akan sambung lagi cara rawatan yang mungkin boleh membantu anak anda yang menghadapi ekzema di entry akan datang.

 

 
Untuk esklusif konsultansi dan tempahan boleh hubungi fiza :

NORHAFIZA NORASHID
Shaklee ID : 998222
Facebook : Norhafiza Norashid
call/sms/wassap/line/wechat : 0147174342

 

 

 

No comments:

Post a Comment